BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, December 19, 2009


Friday, December 18, 2009

Happy 8th Birthday to Michele Wilfred

Thursday, December 3, 2009

Merry Xmas....


bulan Disember datang lagi..ingat Dis ingat krismas..menjelang hari krismas, sibuk juga berkemas dan yang pastinya pokok krismas..ini pulak, entrance x'mas yang menarik hati...

x'mas preparation..





Resipi bebola bandung Mayang Generation


1 batang buah bandung(ubi/empasa)
cili padi, ikan bilis, bawang putih dan bawang merah
sedikit minyak untuk menggoreng
garam, aji no moto

cara2 menyediakannya/memasak:
Bersihkan buah bandung dan parut halus. Tumbuk cili,ikan bilis dan bawang2 tadi. Gaulkan dengan garam dan serbuk perasa.Buat bulat seperti bebola dan digoreng hingga kekuningan. Hidangkan bersama air tea-c peng atau minuman panas.Resipi enak turun menurun generasi Mayang ini amat ringkas tetapi sedap & sungguh lazat. Tak percaya.. Cubalah sendiri, baru tau.......!

Wednesday, December 2, 2009

Kereta abg ipar kena curi tgh2 hari pulak tu..


...baru je kitorang cerita hal kereta kena curi mlm tadi, bahkan my bro in-law sendiri bercerita ttg kereta kancil yang dicuri di depan mata mereka di King's Centre.mlm tadi pun my cousin & my bro in law ni dtg menggunakan kereta tersebut ke rumah kami untuk makan malam sempena anak bongsuku, Natasha telah mendapat keputusan UPSRnya.Mereka dtg berdua krna anak2 ada alasan tersendiri sibuk dgn tugas masing2,so..tghari esoknya plak mrk membawa anak2 makan diluar...entah si bedebah atau memang ada satu komplot kot, sungguh licik rupanya melarikan kereta mereka ni..punyalah ...manusia yang memang profesionnya pencuri,jalan pintas untuk hidup..so sesiapa yg ternampak, terjumpa dan apa aje ter... silalah ..buat keputusan bijak untuk mengembalikannya..

Kasut oh kasut..


..dijadikan cerita kasut sedondon dengan beg & baju ini telah tamat tempoh perkhidmatannya.dah lama lah gak kasut ni berkhidmat pd si tuannya..takpelah ..berundurlah si kasut..macih kasut...aduhai..

Hiasan menarik di Chow Kit, Breakfast d Jln Alor



Monday, November 30, 2009

Kenangan berjumpa kawan lama MPBL di Merdeka Palace





...pejam celik dah beralih ke Disember pulak..risau gak cuti dah makin pendek ,tugas2 masa cuti belum siap lagi.saja2 membelek gambar lama, teringat satu tempat pelik tetapi menarik perhatian....bila g Kl mesti jenguk tempat ni....kalau selalu gi makan2 kat Jalan Alor..nampakle pemandangan ni,tapi korang kena dongak kat atas baru le nampak..ha..

Happy Birthday to Aldrin Clif


Friday, November 27, 2009

..Note book


Apabila tiba musim cuti, berjalan2 juga di sekitar bandaraya Kuching ni. Kalau hari bekerja tak ada masa langsung nak berjalan dan baru-baru ini di Teck Kong, Tabuan Jaya terjumpa benda cute ini untuk dijadikan koleksi..

The best weekend ever...at Four Points Hotel





Thank you all...



cuti-cuti ni bunyi je panjang tapi hakikatnya sekejap je..dah mula persiapan krismas...bila sebut krismas ramai yang dah membuat persiapan mengemas rumah dan membeli barangan keperluan untuk sambutan hari krismas.Pokok2 dan lagu krismas mula kelihatan dan berkumandang terutama di pasaraya..pusat membeli belah.apabila menyebut krismas, tersentuh lensa kamera saya di rumah ipar yang nampak berseri2 menjelang krismas ini...

Ikan Belanak dari Kpg Buntal



Hari Penyampaian Hadiah



20 November 2009, hari terakhir persekolahan Semester 2 adalah Hari Penyampaian Hadiah,Majlis Perpisahan Tahun 6 dan juga merupakan hari terakhir Natasha bersekolah Di SK Satria Jaya.

Makan di Topspot bersama keluarga

Wednesday, November 25, 2009

Makan steamboat di rumah..





Cake yang dibeli oleh Kakak Natasha pada malam tersebut

Malam 19 November 2009, memandangkan Natasha telah mengetahui keputusan UPSR hari ini, kami sekeluarga makan di Topspot.Praise to the Lord atas apa jua keputusannya berkat usaha gigih dan hempas pulas selama ini.Malam 21 November 2009, kita makan malam terima kasih bersama-sama keluarga besar papanya dan juga saudara mama.

Monday, November 23, 2009

(Petikan Siri Hadiah untuk semua,Tip Pelajar Cemerlang,oleh Dato' Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah)
Segala kehebatan sudah sedia ada dalam diri kita.Sekadar menanti untuk diserlahkan.
Jadikan setiap hari adalah hari terbaik dan sepanjang kehidupan anda akan cemerlang.
Orang yang penyayang akan dikelilingi oleh ramai orang yang sayang kepadanya.
Sedarilah hakikat bahawa setiap perubahan yang anda lakukan akan mengubah dunia di sekitar anda.
Anda tidak boleh berubah selagi anda tidak menerima hakikat yang anda perlu berebah.

Friday, November 20, 2009


Berakhirnya hari persekolahan semester 2

Hai..lega seketika..
bermulanya cuti sekolah, banyak xtvt tertangguh akan diteruskan cuti ini.
Hari ini..lega tak terhingga, ringanlah sikit rasa bahu ini krn x lagi menjinjing portfolio tinggi d sklh. Banyak tugas dah beralih kpd orang lain dan apabila bermulanya tahun baru nnti akan mengorak langkah baru juga. Aduhai..semalam...suatu hari yg mengusik ketenangan minda, perasaan dan naluri kasih seorang ibu. Betapa tidak,satu2nya puteriku menempuh awal permulaan saat kehampaan dlm dunia persekolahan krn kecewa x berada d teratak 5A. Anakku, inilah permulaannya, masih jauh dan terlalu panjang jalannya, di lain ketika jangan diundang kehampaan lagi. Kuatkan semangat dan fahami hakikat tak semua yg tergelincir itu akan terus tunduk kepada kekecewaan. Usah gundah di hati, 4A 1B adalah hadiah terbaik bagi anak-anak yang sehala jalan dengan mu. Semoga perjalanan hidupmu menuntut ilmu akan sentiasa ke arah yang kejayaan cemerlang.

Thursday, November 12, 2009

1.30 pagi...



..suasana 1.30 pagi di Bkt Bintang & Jalan Alor

Sunday, November 8, 2009

Enjoy...